Robot beli iPhone 6s
Robot beli iPhone 6s:
Sydney – Seorang wanita menghantar sebuah robot kawalan jauh untuk beratur di sebuah kedai di sini semata-mata mahu menjadi orang terawal membeli telefon pintar keluaran terbaru syarikat Apple, iPhone 6s.
iPad itu memaparkan wajah Lucy dan ia lengkap dengan kamera, pembesar suara serta mikrofon bagi membolehkan dia melihat dan berkomunikasi dengan orang sekeliling.
Sydney – Seorang wanita menghantar sebuah robot kawalan jauh untuk beratur di sebuah kedai di sini semata-mata mahu menjadi orang terawal membeli telefon pintar keluaran terbaru syarikat Apple, iPhone 6s.
Lucy Kelly, 22, menghantar robot yang lengkap dengan iPad dipasang pada Segway yang boleh dikawal secara jauh.
“Saya mendapat idea untuk menghantar robot itu selepas berbincang dengan majikan saya yang tidak membenarkan saya bercuti untuk beratur bagi membeli telefon berkenaan,” katanya.
Lucy berkata, dia meletakkan robot itu di depan kedai berkenaan pada jam 5 pagi (waktu tempatan) kelmarin dan menjadi individu keempat yang beratur.
Post a Comment