Header Ads

Telefon Bimbit Leagoo C1 Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia – Berharga RM99

Telefon Bimbit Leagoo C1 Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia – Berharga RM99:

Leagoo, salah satu jenama dari China yang semakin aktif memasarkan peranti mereka di Malaysia hari ini telah mengumumkan satu lagi peranti baru untuk pasaran tempatan, iaitu sebuah telefon bimbit dengan fungsi-fungsi asas, dinamakan sebagai Leagoo C1.



                          Leagoo C1




                              Leagoo C1


Leagoo C1 ini hadir dalam empat pilihan warna, dan menyertakan skrin 2.4-inci LCD berwarna. Seperti beberapa telefon bimbit lain, ia turut dilengkapi dengan keypad fizikal untuk input dengan mudah. Telefon bimbit ini menyokong dwi-SIM, dan turut menyokong mikro-SD.

Leagoo sendiri mengatakan ia tidak membawakan sebarang spesifikasi asas, dan lebih memfokuskan kepada pengguna yang inginkan sebuah peranti yang mudah digunakan. Sokongan kamera asas 1.3-megapixel turut disertakan pada telefon bimbit ini.

Leagoo C1 ini membawakan bateri yang mampu bertahan sehingga 400 jam, dan menawarkan masa bercakap sehingga 8 jam. Peranti ini akan dijual di Malaysia bermula esok pada harga RM99.



                              Leagoo C1


                              Leagoo C1

                              Leagoo C1

No comments