Ganti Mykad RM1000 Jika Hilang 3 Kali
Ganti Mykad RM1000 Jika Hilang 3 Kali:
GAMBAR HIASAN
KUALA LUMPUR Orang ramai yang mahu menggantikan kad pengenalan (MyKad) yang hilang buat kali ketiga akibat kecuaian sendiri akan dikenakan bayaran sebanyak RM1,000 berkuatkuasa 15 Oktober ini berbanding cuma RM300 sebelum ini.
Bagi kehilangan MyKad buat kali kedua pula dinaikkan dari RM200 kepada RM300 tetapi bayaran yang dikenakan bagi menggantikan MyKad untuk kehilangan pertama kad pengenalan kekal pada kadar RM100.
Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Dasar Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Sri Adenan Ab. Rahman berkata, langkah itu dibuat bagi memperketatkan prosedur permohonan gantian kad pengenalan yang hilang.
Berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kadar kehilangan kad pengenalan disebabkan kecuaian individu daripada tahun 2010 hingga September 2015 adalah sebanyak 1,356,135 kes.
Sehubungan itu, prosedur permohonan gantian kad pengenalan hilang akan diperketatkan, katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Adenan bagaimanapun menerangkan, kaedah pelaksanaan penambahbaikan prosedur itu tidak akan mengambil kira sejarah kehilangan kad pengenalan sebelum ini dan hanya akan bermula pada tarikh kuatkuasa prosedur baharu itu.
Selain itu, katanya, kadar itu dikecualikan ke atas orang kurang upaya (OKU), fakir miskin, warga emas berumur 60 tahun ke atas, mangsa bencana, kes jenayah seperti kecurian, samun dan ragut serta remaja warga Malaysia berusia bawah 18 tahun. mynewshub.cc

Post a Comment