Header Ads

UBER Di Hujung Jari

UBER Di Hujung Jari
Kuala Lumpur: Masyarakat negara hari ini menggunakan Uber sebagai pengangkutan harian sama ada kerana mereka tidak memiliki kereta atau pun sengaja tidak mahu memiliki kereta kerana merasakan Uber lebih jimat.

Sesetengah mereka menggunakan Uber untuk pergi dan balik dari stesen tren atau perhentian bas terus ke depan pintu rumah.
Bagi anda yang tidak mahu berdepan dengan kesesakan jalan raya selain masalah mencari tempat letak kereta di tempat tumpuan ramai seperti pusat beli-belah, pejabat, destinasi pelancongan ataupun lapangan terbang, Uber pastinya menjadi jalan penyelesaian.


Tidak kurang juga, sebahagian rakyat Malaysia yang menempah Uber untuk ahli keluarga yang sudah berusia untuk memudahkan pergerakan mereka kerana tidak dapat menjadi pemandu untuk orang tersayang.
Untuk menggunakan Uber, ia amatlah mudah, selesa dan mampu dibayar kerana dengannya, anda hanya perlu menekan butang sebelum memilih destinasi diingini pada bila-bila masa.
Hanya dengan satu sentuhan butang, pengguna boleh memilih kenderaan yang dikehendaki dan pengalaman ini mungkin sukar digambarkan sehinggalah pada saat mereka merasainya sendiri.
Untuk pengguna baru, aplikasi Uber boleh dimuat turun secara percuma untuk peranti iOS dan juga Android hanya dengan melayari Apple Store atau Google Play.
Bagaimanakah saya memuat turun aplikasi Uber?
Aplikasi Uber adalah tersedia SECARA PERCUMA untuk peranti iOS dan juga Android. Anda hanya perlu melayari Apple Store atau Google Play dan memuat turun aplikasi tersebut.
Bagaimanakah saya membuka akaun saya?
Masukkan satu alamat e-mel yang sah dan nombor telefon. Sebaik saja anda menyempurnakan proses pendaftaran, satu kod akan dihantar untuk mengesahkan nombor telefon anda. Sahkan akaun anda dan anda sudah bersedia untuk menaiki Uber!
Ke mana?
Tekan ‘Where to?’ (Ke Mana?) dan masukkan destinasi anda. Anda akan diberi pilihan untuk menaiki sama ada uberX, uberXL atau uberBLACK dengan tambang untuk setiap pilihan dinyatakan di situ. uberX menawarkan pilihan yang paling mampu dibayar bagi satu perjalanan untuk 1-4 orang. Bagi kumpulan yang lebih besar sehingga 6 orang, pilihlah uberXL. Jika merasakan anda ingin berbelanja besar sedikit sekali sekala menerusi perjalanan yang mewah dan bergaya–pilihlah uberBLACK. Jangan lupa tambang yang anda lihat itulah tambang yang anda bayar, melainkan jika anda mengubah perjalanan asal. Anda juga boleh menambah destinasi pilihan atau kerap sebagai bookmark (penanda buku) dan itu akan menjimatkan masa anda jika memilih lokasi itu berulang kali.
Hei...di manakah kereta saya?
Apabila kereta anda sedang dalam perjalanan, nama pemandu anda, plat nombor kereta dan nombor telefon akan dikongsikan secara serta-merta. Semua ini akan membantu anda bagi mengenali siapakah pemandu anda. Adakalanya waktu tertentu, anda mungkin mendapat seorang rakan pemandu Uber yang mempunyai masalah pendengaran. Aplikasi Uber akan memberitahu anda maklumat ini lebih awal supaya apabila anda menaiki kenderaan itu, anda dapat membuat isyarat ‘Hello’ saja tanpa perlu melafazkannya. Bukankah itu amat membantu? Hanya pastikan semua butiran adalah betul apabila pemandu anda tiba, dan selepas itu anda boleh terus memulakan perjalanan anda!
Aduhai... lokasi yang salah!
Kami faham adakalanya anda tergesa-gesa dan secara tidak sengaja anda memasukkan lokasi yang salah. Mungkin juga anda mengubah fikiran tentang destinasi yang anda tuju, dan anda mengalami detik ‘Alamak!’ dan anda ingin mengubah destinasi.
Berita baik buat anda ialah anda boleh melakukannya! Adakah anda berfikir perkara itu tidak mungkin dengan Uber? Kan kami dah janji, kami memang memahami anda. Untuk mengubah lokasi anda, pilih Edit di sebelah lokasi anda diambil (pickup location) dan masukkan lokasi baru atau seret pin ke lokasi pilihan dalam lingkungan bulatan kelabu (grey circle) di peta.
Sebaik selesai, tekan butang ‘Confirm’. Bagaimanapun, perlu diingat bahawa mungkin terdapat perubahan pada tambang apabila anda menukar lokasi bergantung pada perjalanan, jarak dan masa.
Bagaimanakah perjalanan anda?
Setiap penumpang adalah berharga bagi kami dan itulah sebabnya kami ingin tahu bagaimanakah perjalanan yang anda lalui selepas setiap perjalanan yang telah anda ambil. Anda boleh berbuat demikian dengan mengongsikan penarafan dan maklum balas anda dalam aplikasi itu sendiri. Sebaik sahaja perjalanan anda berakhir, proses penarafan ini akan muncul secara automatik dan anda boleh memilih antara 1-5 bintang bagi setiap pemandu. Bukan itu saja, pemandu anda juga boleh membuat penarafan terhadap anda selepas setiap perjalanan. Kami mahukan pengalaman Uber yang hebat bagi anda dan juga pemandu. Oleh itu, ingatlah apabila anda menaiki Uber, naik dengan selamat dan jadilah penumpang yang bagus!
Bagaimanakah saya membuat bayaran?
Anda boleh membayar Uber anda dengan kad kredit ataupun tunai. Pilih ‘Payment’ (Bayaran) daripada menu aplikasi anda dan pilih kad kredit ataupun tunai pada kaedah pembayaran anda, mana-mana kaedah yang anda pilih akan menjadi kaedah bayaran pilihan secara automatik.
Sokongan 24/7
Jika anda perlukan apa-apa bantuan sebelum, semasa dan selepas perjalanan anda, kami ingin anda tahu Uber mempunyai pasukan sokongan yang beroperasi 24 jam sehari. Anda boleh menghubungi pasukan sokongan dalam aplikasi itu sendiri dan itu menyelamatkan anda daripada kesukaran untuk mengirim e-mel ataupun membuat panggilan telefon. Dengan sokongan dalam aplikasi, anda boleh yakin bahawa kami akan membantu menyelesaikan pertanyaan anda dalam waktu secepat mungkin.
Uber terdapat di 15 bandar Malaysia - Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Ipoh, Seremban, Batu Pahat, Langkawi, Melaka, Kuala Terengganu, Kuantan, Alor Setar, Kuching, Miri, Kota Kinabalu dan Sandakan.
Dengan pelbagai kemajuan teknologi yang diterajui oleh Uber yang direka khusus untuk anda, dan dengan perkembangan positif yang terkini dalam landskap pengangkutan awam Malaysia, masanya sudah tiba buat anda untuk cuba Uber pada hari ini!

No comments