Header Ads

Lebih 50 Juta Rekod Data Peribadi Pengguna Malaysia Dijual Pihak Tidak Bertanggungjawab

Sebelum ini, kita telah melihat beberapa ketirisan data besar – termasuk data akaun pengguna Streamyx dan sebagainya. Terkini, ia dilaporkan sekitar lebih 50 juta rekod data pengguna tempatan mula dijual pihak tidak bertanggungjawab melalui beberapa platform atas-talian.


Dilaporkan terlebih dahulu oleh pihak Lowyat, data yang ditawarkan oleh penjual berkenaan dikatakan didapati daripada sejumlah platform, termasuk Jobstreet.com, Malaysian Medical Council, Malaysian Medical Association, Academy of Medicine Malaysia, permohonan pinjaman perumahan, dan paling banyak sekali adalah data daripada syarikat telekomunikasi di Malaysia yang meliputi Maxis, Celcom, Digi, UMobile dan sebagainya.

Data yang dijual ini turut meliputi pelbagai data peribadi seseorang – termasuk nama penuh, alamat emel, nombor telefon, nombor kad pengenalan, gaji dan sebagainya.

Ini boleh dikatakan antara ketirisan data peribadi terbesar – mempunyai lebih 50 juta rekod (hanya daripada data syarikat telekomunikasi sahaja).

Menurut sasaran Lowyat, data peribadi yang dijual ini dijangka tertiris sekitar 2012 ke 2015 lepas.

Seperti semua sedia maklum, penjualan data peribadi ini adalah salah satu kesalahan besar – dan dilindungi dibawah akta PDPA.



Personal data of millions of Malaysians up for sale, source of breach still unknownhttps://t.co/5tk4cvNugd pic.twitter.com/JF8NMFz5II

— Lowyat.NET (@LowyatNET) October 19, 2017

Sumber: Amanz

No comments