Hebatnya Nova 2 Lite Penuhi Cita Rasa Masyarakat Di Seluruh Dunia
Hebatnya Nova 2 Lite Penuhi Cita Rasa Masyarakat Di Seluruh Dunia
Nova 2i sebelum ini berjaya menawan hati masyarakat dengan keunikan tersendiri. Tetapi selepas itu Nova 2 Lite pula yang mengambil alih tempat tersebut apabila mendapat sambutan sangat meriah dengan tawaran harga yang berpatutan di samping memiliki paparan dimensi tinggi (HD) 5.99 inci dan sistem dwikamera.
Dwikamera belakang dan satu pada bahagian depan membolehkan anda mengambil gambar dengan lebih baik dan jelas selain membuat rakaman video untuk menyimpan memori saat-saat indah bersama mereka yang tersayang.
Bukan saja keunikan pada kamera, Nova 2 Lite juga mempunyai RAM 3GB dengan ROM 32GB manakala hasil rekaan 2.5D pada bahagian belakang dengan panel gelas yang premium untuk membangkitkan nilai estetik sungguh menawan hati dengan sekali pandang.
Kemera yang direka pada bahagian belakang Nova 2 Lite turut dilengkapkan dengan kehebatan 13M+2MP untuk kesan yang sangat berlualiti, malah membolehkan kamera tersebut memfokuskan wajah atau objek dengan pantas (PDAF).
Rekaan baharu ini mempunyai mod ‘Wide Apertur’ yang apabila diaktifkan, lensa 13MP akan menangkap detail pada objek manakala lensa 2MP pula akan memberikan kesan bokeh sangat baik dengan tujuh jenis tahap aperture.
Tidak lupa fungsi kamera 8MP di bahagian depan yang mempunyai flash mengikut tona swafoto secara manual atau automatik dengan apertur F2.0 bersama sudut swafoto sehingga 77 darjah menghasilkan pelbagai gambar yang menarik.
Sistem EMUI 8.0 (Android 8.0) membantu proses kelancaran. Walaupun anda memasang pelbagai aplikasi termasuk game, media sosial dan menonton video steaming pastinya ia berfungi dengan baik dan lancer.
Post a Comment