Nokia Baru Lancarkan Telefon Pintar Baru,Namun Ada Yang Tidak Selesa
Nokia Baru Lancarkan Telefon Pintar Baru,Namun Ada Yang Tidak Selesa
Saban tahun, pasti ada sahaja rekaan telefon pintar terkini akan dilancarkan di pasaran dan dengan kuasa penggunaan teknologi yang semakin berkembang, persaingannya benar-benar sengit!
Ada syarikat pengeluar jenama telefon pintar yang akan melakukan bermacam-macam perubahan sama ada pada reka bentuk mahupun menaiktaraf kemudahan dalaman seperti kamera dan sebagainya.
Bagi syarikat Nokia, mereka bukan sahaja telah melancarkan sebuah telefon yang kelihatan moden dan futuristik tetapi turut membuatkan individu yang memiliki ketakutan pada lubang tidak senang duduk!
Jika melihatkan keadaan keadaan teknologi zaman kini, fungsi lubang pada telefon pintar kini semakin berkurang. Sebagai contoh, Apple telah menyingkirkan fungsi lubang pada slot fon telinga dengan mencipta earpod. Malah, pengecasan tanpa wayar juga semakin popular dan membuatkan kita tidak lagi menggunakan lubang yang ada pada telefon masing-masing.
Namun, Nokia telah menghasilkan sebuah telefon canggih dengan fungsi lima lensa kamera yang dikenali sebagai Nokia 9 PureView.
Ketika dilancarkan dalam majlis 2019 MWC, telefon terbaharu keluaran Nokia ini memaparkan ciri 'kamera penta' dengan lima lensa begitu juga cahaya dan sensor infra merah bagi mengesan kedalaman.
Meskipun anda boleh mendapatkan hasil gambar yang sempurna dan cantik setiap masa dengan fungsi 5 kamera pada telefon ini, terdapat segelintir individu yang merasa terganggu dengan rupa bentuk 7 'lubang' pada bahagian belakang telefon tersebut.
Trypophobia merupakan satu keadaan yang berlaku di mana seseorang akan merasa takut dan geli apabila melihat lubang-lubang kecil. Justeru, rekaan Nokia 9 PureView ini pastinya membuatkan ada individu yang tidak boleh melihat peranti berkenaan tanpa merasa selesa.
Mengulas lanjut mengenai keadaan ini, Dr Geoff Cole iaitu pensyarah kanan di Pusat Penyelidikan Otak Universiti Essex berkata:
"Apabila seseorang sedang mengambil gambar anda, kamera pada telefon ini akan mencetuskan respon fobia kepada lubang. Kamera ini benar-benar memounyai struktur yang mendorong kepada trypophobia."
"Saya menerima surat dan emel yang menyatakan ada individu tidak boleh bekerja selama tiga hari setelah melihat imej itu. Ada juga yang sukar untuk menumpukan perhatian selepas melihatnya," kata Dr Geoff lagi.
Meskipun Nokia berusaha sebaik mungkin untuk menghasilkan telefon yang sempurna buat mereka yang inginkan gambar terbaik, rekaan Nokia 9 PureView mungkin akan membuatkan potensi jualan syarikat itu tidak begitu memberangsangkan!
Sumber: Unilad
Post a Comment